Dua Mudharat

Posted by Unknown On Thursday, May 02, 2013 0 comments

Pilih mudharat yang lebih ringan di antara 2 mudharat. 

Ini hujah yang sering digunapakai oleh pelobi-pelobi undi UMNO/BN. Hujah mereka, risiko kehilangan hak-hak istimewa orang Melayu, kuasa Raja-raja Melayu dan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan jika Pakatan Rakyat memenangi PRU13 lebih besar dari risiko rasuah, kronisme, ketirisan pengurusan kewangan negara yang dilakukan oleh Barisan Nasional semenjak puluhan tahun dahulu; yang akan berterusan jika mereka kekal mendapat mandat.

Dari mana mereka dapat ramalan risiko yang dibawa oleh PR? Tidak lain tidak bukan dari media-media arus perdana yang dikuasai BN. Adakah mereka membawa bukti yang kukuh dihadapkan kepada rakyat jelata? Tidak. Lalu bagaimana mungkin sesuatu yang tidak pasti berlaku, ditolak mentah-mentah sedangkan perkara yang sudah berlanjutan berlaku pula dikatakan sebagai mudharat yang lebih ringan?

Gunakan akal yang cerdas untuk membuat pilihan bijak. Lakukan timbang-tara untuk masa hadapan generasi akan datang. Sekian, ini kalilah. Pakatan Harapan Rakyat

0 comments:

Post a Comment