Pesanan Untuk Peniaga Melayu-Islam

Posted by Unknown On Tuesday, August 07, 2012 0 comments

Assalamu`alaikum wbt.

Rata-rata orang Islam mengetahui yang 9/10 daripada rezeki ni datangnya daripada perniagaan. still sektor ekonomi dunia belum mampu dikuasai oleh orang-orang Islam. hatta di Malaysia sendiri pun ekonomi dikuasai oleh non-Muslim.


tak dinafikan semakin ramai orang Islam di Malaysia, khususnya Melayu yang menjerumuskan diri ke dalam arena perniagaan ni. ada yang berjaya, ada yang tak berjaya. memang niat di hati ni kalau buleh nak membantu orang-orang yang seagama & sebangsa, tapi kadang kala sikap mereka membuatkan bantuan yang nak dihulurkan di tarik kembali. fitrah manusia berkehendakkan sesuatu yang mampu memuaskan hati dan perasaan.



sifat orang-orang kita yang ada kalanya tak sabar untuk beroleh kejayaan menjadi punca usaha mereka terbengkalai di separuh jalan. kadang-kadang tu tak sampai suku jalan pun. di sini aku nak senaraikan antara tips non-Muslim berniaga:

1) terima teguran/kritikan pelanggan. kata orang putih "customer always right". orang kita pantang  ditegur, terus melenting
2) biar untung sikit-sikit tapi berterusan. istiqamah katanya. orang kita nak cepat kaya, kalau buleh hari pertama berniaga terus nak untung berlipat ganda
3) jaga hati pelanggan. manis bicara & senyuman untuk pelanggan tak pernah lekang dari mulut. orang kita kadang-kadang berniaga macam nak tak nak je. pelanggan dilayan cincai-boncai. senyum jauh sekali

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).

p/s: aku tak tau & tak reti macam mana nak explain & elaborate ayat al-Quran tu. rujuk la sendiri kat mana-mana ustaz, senang cerita. hahah

0 comments:

Post a Comment