Wasatiyyah Dalam Gaya Hidup

Posted by Unknown On Friday, March 09, 2012 0 comments

Assalamualaikum.

today's Jumaah dear brothers and sisters. so sempena hari Jumaat yang mulia ni aku nak share sikit input yang aku dapat time pergi K-Fiqh hari tu. ni pasal paperwork wasatiyyah dalam gaya hidup.

Pakaian & Aksesori


nak bersolek, bermekap tu buleh. Islam tak larang pun. cuma kena la berpada-pada. tu yang dikatakan wasatiyyah. bersederhana. 1st sekali, niat dan tujuan tu bukan la utk bermegah @ menunjuk-nunjuk. ikut keperluan sudah la. contohnya kalau nak pergi kerja pakai la cara nak kerja. xkan pakai macam time lepak2 dalam rumah. lepas tu tidak mendatangkan kemudaratan. tak kisah la terhadap diri sendiri @ orang lain. jangan keterlaluan dlm berbelanja utk kelihatan cantik @ segak. contohnya beli minyak rambut @ perfume yg harga ratus2. membazir la tu. tak wasatiyyah. baik beli smartphone je. HAHAH

tapi jgn pulak kedekut sgt sampai nampak serabai, kotor, selekeh. ni yg aku rasa mcm nak sekeh kepala. hahah. ape lagi? haa, ikut la 'uruf. maksudnya adat @ kebiasaan setempat. pakai pelik2 kang orang tuduh gila ke, mereng, sewel pulak nanti. lepas tu marah. lepas tu tulis status FB. lepas tu tweet. HAHAH

Pengaturan Harta Kekayaan


1st sekali, make sure harta tu halal. berbelanja utk kegunaan diri sendiri tu dah memadai. kalau halal tapi membazir pun takde guna. membazir tu amalan syaitan. harta yg ada tu jgn dilaburkan pada tempat maksiat. contoh, si fulan ni konon nak ikut sunnah Rasulullah S.A.W la berniaga. tapi dia bukak kelab malam. kan dah galakkan maksiat. matlamat tak menghalalkan cara ok.

harta yg diperoleh tu pulak menyebabkan peningkatan kesyukuran kepada Allah azza wa jalla. kiranya makin bertambah harta kekayaan tu makin dekat diri kepada Allah dan agama-Nya. alang2 tu aku nak sentuh sikit la pasal zuhud. mcm ade kaitan je dgn paragraph ni. konsep zuhud ni meninggalkan apa2 hal keduniaan yg menjauhkan kita dgn akhirat. zuhdi tu pulak nama aku. HAHAH. ok back to our topic.

ramai orang salah anggap zuhud ni hidup miskin, papa kedana. baju koyak rabak. selekeh n kusut masai. padahal orang kaya pun buleh hidup secara zuhud. bill gates tu pun kalau dia Islam buleh hidup zuhud. refer balik konsep zuhud tu. aku bg contoh la senang. ade 2 hamba Allah yg kaya. si A & si B. dua2 nak ke masjid tapi matahri terpacak atas kepala. si A pergi masjid naik mercedes mata belalang dia. si B pulak sengaja jln kaki ke masjid even ade BMW 7series. so sape yg zuhud? si A. sbb si A ni guna nikmat yg Allah kurnia utk memudahkan dia beribadah. Islam suruh umat dia tunjuk apa yg kita ada sebagai cara bersyukur atas nikat yg Allah bagi.

aku pernah baca satu hadis Rasulullah tapi aku tak berapa ingat sgt. sikit2 je la. ada seorang sahabat yg buleh kata kaya la. tapi dia pergi masjid pakai jubah yg ade buruk. bila Rasulluah nampak, baginda tegur. sbb tindakan dia tu tak menunjukkan yg dia bersyukur dgn nikmat Allah kpd dia.

setakat tu dulu la. aku nak mandi, siap2 utk ke masjid pulak ni. satgi pulun update blog sampai Jumaat terlepas. HAHAH.

wassalam. 

0 comments:

Post a Comment