Sejarah

Posted by Unknown On Monday, June 13, 2011 1 comments

aku memang minat sejarah. time sekolah dulu sejarah salah 1 subjek favourite aku. bila baca something pasal Islam & Melayu, aku akan rasa tersangat bangga. bukan riak, cuma bersyukur sebab terbukti Islam bukan agama kemunduran dan Melayu bukan bangsa ketinggalan zaman


Melayu


minggu ni, aku terjumpa satu teori yg menarik berkenaan sejarah asal-usul & nasab keturunan bangsa Melayu. berdasarkan teori tu, dinyatakan Melayu Nusantara & Melayu yg berada di kepulauan-kepulauan Pasifik, Afrika & Asia Timur merupakan susur galur keturunan Nabi Yusuf a.s dari anaknya Manasseh. suku keturunan Manasseh dipadamkan dari senarai suku Bani Israel yg disebut dlm kitab Yahudi Kuno kerana dikatakan suku ini yg telah menerima hidayah Islam akan membunuh suku Yahudi Zionis kelak.


mengikut tulisan dalam blog-blog yg aku baca, cerdik pandai Zionis telah berusaha menjejaki suku ini. setelah dikaji DNA Melayu Nusantara, mereka mendapati Melayu Nusantara merupakan ibu bagi suku Manasseh. telahan awal mereka yg Red Indian merupakan ibu suku Manasseh salah,namun Red Indian juga termasuk dlm suku Manasseh


ada cerita yg mengatakan asal usul Melayu ialah disebabkan Keturah, wanita bangsa Mala/Malai/Kemboja Kuno telah dijadikan isteri oleh Nabi Ibrahim a.s. selepas kematian Siti Sarah. baka DNA ini (bangsa Mala + Bani Israel) telah melahirkan Melayu. dikuatkan lagi dgn kajian yg mendakwa dlm DNA Melayu, 27% variant sama dgn genetik Mediterranean. Bani Israel merupakan antara kaum genetik Mediterranean.


namun, tidak ada kajian dari cendekiawan Islam mahupun cerdik pandai Melayu yg aku jumpa mengenai hal ini.   


Umayyah


time sekolah menengah dulu ada belajar tentang sejarah-sejarah kerajaan-kerajaan Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. perluasan pengaruh agama Islam oleh kerajaan Khulafa ar-Rasyidin, kerajaan Umayyah, kerajaan Abbasiyyah & kerajaan Uthmaniyyah juga diceritakan. 


aku baru habis baca buku bertajuk 'Armada Laut Umayyah'. buku ni dah menjawab byk soalan aku berkenaan armada laut tentere Islam. dengan wujudnyaarmada laut baru lah usaha usaha pembukaan constantinople berjaya dirintis. kerana armada laut juga Islam telah sampai ke utara Afrika lalu dibuka Andalus.


disebutkan dlm buku ni gabenor dan panglima-panglima laut @ amir al-bahr Islam. jika sebelum ini hanya nama seperti Tariq Ziyad yg aku tahu, sekarang dh bertambah kpd Musa bin Nusayr, Ayyash bin Akhyal, Janadah bin Abu Umayyah, Busr bin Artah, Uqbah bin Nafi', Mu'awiyah bin Hudayj, Abdullah bin Qays. terdapat ramai lg tokoh yg tak aku sebut namanya dlm tulisan ni.


tokoh utama yg memainkan peranan penting dlm penubuhan armada laut Islam ialah pengasas kerajaan Umayyah sendiri, Khalifah Mu'awiyah bin Abu Sufyan. beliau menyedari kepentingan tentera laut semenjak menjadi gabenor Syam sewaktu pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab lg. ini disebabkan Byzantine sering menggunakan Laut Mediterranean utk menyerang tentera Islam melalui tentera laut setelah menyedari tentera Islam sukar ditentang tentera darat.


kalau nk tau lanjut,kena baca sendiri la buku ni. tak rugi baca, aku berani jamin


salam

1 comments:

Hanim Salleh said...

thanks for the sharing zuhdi...nice post~

Post a Comment